Kursus Online Bina Website
Belajar Dari Asas Domain & Hosting, Bina Website Pro, Kelas Online Zoom 2 Hari
Belajar Dari Asas Domain & Hosting, Bina Website Pro, Kelas Online Zoom 2 Hari
Cara beli & urus. Belajar beli domain cara yang betul. Belajar beli shared hosting cara jimat.
Belajar cara mudah setup payment gateway untuk terima bayaran diwebsite, guna FPX atau kad.
Belajar fungsi yang selalu diguna dalam CPanel akaun hosting. Install software WordPress cara mudah.
Naikkan ranking website dengan SEO yang betul. Masukkan plugin security untuk tingkatkan keselamatan.
Website dibina menggunakan platform CMS WordPress. Anda akan diajar setup yang paling efisien
Submit & verify website dengan cara yang paling mudah supaya website dapat dibaca oleh Google.
Topik yang ada dalam kursus ini akan diajar dari asas hingga siap satu website yang berfungsi di internet secara LIVE. Kalau anda biasa menggunakan laptop atau desktop, tu sudah cukup.
Anda akan diajar dari basic domain & hosting, cpanel hosting, bina website cara mudah & murah, cara urus website, SEO, security dan backup. Ini adalah ringkasan, dalam kelas akan dikembangkan lagi.
Kalau anda belum ada domain & hosting sendiri, untuk tujuan praktikal dan belajar, saya akan sediakan sub domain sementara untuk anda.
Anda boleh email saya dan setkan satu tarikh untuk sesi Zoom. Dalam sesi ini kita boleh bincang dibahagian mana yang anda blur dan saya akan guide anda.
Kelas untuk kursus ini diadakan selama dua hari (tarikh ada di atas dalam website ini), hari sabtu & ahad, 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Saya akan jadikan rutin untuk adakan kelas setiap minggu. Kelas diadakan melalui platform Zoom.
Boleh. Hubungi saya melalui email untuk maklumat lanjut.
Untuk miliki website tak perlu modal besar pun. Beli saja shared hosting. Modal dalam RM100 – RM150 anda dah boleh buat website sendiri. Saya akan tunjukkan dalam kelas.
Kelas secara online melalui platform Zoom. Kelas selama dua hari, limit peserta maximum 10 orang sahaja. Kelas berbentuk praktikal. Peserta boleh guna domain sendiri kalau ada. Kalau tak ada saya akan sediakan sub domain. Jangan risau, saya akan tunjukkan dalam kelas.
Kelas maximum 10 orang sahaja, tak macam kelas lain, 50, 100, malah ada yang sampai 500 atau 1000 orang. Satu fakta yang kena mengaku, kalau kelas besar, hanya 5% atau 10% sahaja yang akan betul-betul faham dan memanfaatkan ilmu.
Tak ada Whatsapp, Telegram atau Facebook group. Untuk pertolongan atau pertanyaan, boleh hubungi email saya. Pada pendapat saya, bantuan selepas kelas melalui Zoom lebih efektif.
Jika anda sudah mahir membina website menggunakan WordPress dan mahir dalam menguruskan domain & hosting, tak perlu daftar untuk kursus ini. Kursus ini untuk anda yang tidak pandai membina website atau baru nak belajar.
Kursus dua hari ini cukup untuk anda belajar bina website personal, website bisnes atau blog yang berfungsi dengan baik, bina cara mudah, tanpa kos atau dengan kos yang murah.
Kursus dua hari ini bukanlah untuk ajar anda bina website yang terlalu canggih yang memerlukan puluhan ribu ringgit untuk disiapkan.
Kalau dah mahir bina website, anda bukan sahaja boleh bina satu website sendiri, malah anda boleh bina banyak website untuk anda sendiri dan orang lain. Untuk daftar, klik pada button di sebelah.
2021 Copyright © Binawebsite Solutions | KursusBinaWebsite.Com | Website ini dibina oleh BinaWebsite.Com