BELAJAR BINA WEBSITE CARA MUDAH

Belajar dengan Kursus Bina Website dari asas seperti domain, hosting, setting, hingga anda mampu bina sendiri

Anda Nak Belajar Bina Website Sendiri?

Belajar dalam kelas satu hari bersama Kursus Bina Website, anda akan pandai membina website yang cantik dan berfungsi sepenuhnya. Selepas itu, anda bukan sahaja dapat bina satu, dua, malah anda mampu bina banyak website dengan mudah dan jimat tanpa pertolongan pembuat website.

Kursus bina website ini lengkap untuk anda memulakan perniagaan dan blog anda diinternet.  Bermula dari pengenalan domain dan hosting, setup website, bina website, langkah-langkah penting yang lain sehinggalah wujudnya website anda secara live

Selepas ini anda tidak akan lagi terkial-kial, tidak perlu lagi bergantung pertolongan dengan webmaster untuk kemaskini website anda. Dan yang penting dan menariknya, proses pemasaran secara online juga anda boleh lakukan sendiri.

KELAS SANTAI PADAT BINA WEBSITE & PROSES YANG BERKAITAN

Peserta yang sedikit untuk setiap kelas yang diadakan pada satu-satu masa untuk memudahkan proses pengajaran. Topik yang diajar bermula dari yang asas seperti apa itu domain dan hosting dan bagaimana untuk membelinya sehinggalah ke topik membina website, pengurusan website dan topik-topik lain yang penting.

Ini mungkin masalah anda,

– Anda nak berniaga atau berblog di internet tetapi tidak tahu bagaimana nak mula.

– Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di internet, anda perlu ada satu website yang professional supaya pelawat akan tertarik.

– Tetapi sebelum ada website, anda perlu ada domain dan hosting dahulu untuk tempatkan website anda.

– Tahukah anda dimana nak beli domain dan hosting dan bagaimana pula nak upload semua fail website ini nanti?

– Selepas itu anda perlu buat setting untuk website anda, dari theme, plugin serta semua item yang perlu ada dalam sesebuah website.

– Kemudian anda perlu buat setting SEO (Search Engine Friendly) untuk website anda serta jadikan website anda responsive atau mobile friendly.

Ya, semua ini anda boleh lakukan dengan mengupah orang untuk buat. Tetapi ini memerlukan anda untuk mengeluarkan belanja yang banyak.

Sebagai contoh, untuk bina website yang professional sahaja anda mungkin perlu bayar sehingga ribuan ringgit. Jika tambah menu, mukasurat atau perlu edit kemudian hari anda perlu tambah lagi bayaran. Lagi malang kalau anda dikenakan caj bulanan.

Ada sesetengahnya, anda diberi software online serta panduan dalam bentuk video atau pdf untuk anda bina sendiri. Susah bukan?

Sesudah anda mempunyai website sendiri, bagaimana pula dengan proses pemasaran online. Takkan anda nak biarkan website anda tanpa pelawat.

INI ADALAH KURSUS LENGKAP UNTUK ANDA MEMULAKAN BERBISNES/BLOG DI INTERNET

Kenapa saya kata kursus lengkap?

Kerana saya akan tunjuk kepada anda dari mula sampailah anda faham bagaimana untuk uruskan sendiri, tanpa bantuan sesiapa

Apa yang anda bakal pelajari dalam kelas saya

  1. Apa itu domain, apa itu hosting
  2. Mengurus CPanel dalam hosting
  3. Membina website/blog menggunakan platform CMS
  4. Belajar cara untuk terima bayaran dari bank, kad debit, kad kredit dan Paypal
  5. Setting platform
  6. SEO dan Security Setting untuk website dan blog
  7. Submit dan verify website

Ini adalah topik-topik besar yang diajar, dimana ianya akan dihuraikan menjadi topik-topik yang lebih terperinci dalam kelas nanti.

Anda akan belajar di dalam kelas, anda akan ditunjukkan bagaimana mudah dan jimatnya membina sendiri website perniagaan anda.

Bukan itu saja. Anda juga akan diberi akses kepada video tutorial yang ada di website peserta untuk rujukan.

ANDA AKAN MAHIR DALAM PEMBINAAN WEBSITE DAN PEMASARAN ONLINE JIKA ANDA BETUL-BETUL BERMINAT DAN BERUSAHA GIGIH

Saya bukan trainer, saya juga bukan sifu yang menjadikan training sebagai mata pencarian utama. Saya seperti juga anda, yang berminat untuk berjaya dalam bidang perniagaan melalui internet.

Jika anda peminat kepada kelas yang ada UPSELL, anda pasti kecewa kerana saya tidak ada kelas advance langsung. Segalanya akan diberi dalam satu kelas ini sahaja.

SIAPA YANG PATUT HADIR KELAS INI?

  • Individu yang berminat dengan perniagaan online
  • Usahawan yang selama ini hanya mempromosikan produk atau servisnya dalam Facebook Personal
  • Usahawan yang ingin mempromosikan produk atau servisnyanya tetapi tak tahu bagaimana nak bermula
  • Staff syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan dan pengurusan  laman web.
  • Staff syarikat yang bertanggungjawab dalam bahagian marketing secara online.
  • Anda yang sedang membaca website ini.

* KELAS DIJALANKAN DALAM BAHASA MALAYSIA

USAHAWAN ONLINE DIGALAKKAN MENGHANTAR STAFF MARKETING MEREKA AGAR STAFF MEREKA MAHIR DALAM MENGURUSKAN WEBSITE SYARIKAT DAN MEMUDAHKAN STAFF MEMBUAT MARKETING DENGAN LEBIH BERKESAN.

INFO KURSUS

 

Tarikh Kursus : 10 October 2020

Masa Kursus : 9 pagi – 6 petang

Lokasi Kursus : SSMGC Training Centre, Juru, Bukit Mertajam. (berdekatan dengan tol Juru)

Yuran Kursus : RM 367

Tidak pernah ada kursus website yang selengkap ini untuk anda memulakan bisnes/blog anda diinternet, pada harga yang murah dan mampu menyelesaikan banyak persoalan yang berligar dalam kepala otak anda.

 Modal anda hanya sekali RM367, anda mampu membina berkali-kali, sebanyak mana website yang anda inginkan. Ini kerana anda sudah mahir dalam membina website.

Di dalam kelas ini, TIDAK ADA sesi menari, sesi suai kenal, sesi urut belakang, sesi hilang mengantuk dan sesi motivasi. YANG ADA adalah sesi mengajar dan belajar dari pagi sampai petang. Dalam kelas ini juga TIDAK ADA UPSELL, semua diajar dalam kelas yang satu ini.

Saya akan sediakan nota pembelajaran untuk rujukan. Yang penting anda faham akan apa yang diajar. Kerana jika anda betul-betul faham apa yang diajar, anda boleh dengan mudah membina website selepas habis kelas ini.

Untuk memudahkan lagi pembelajaran, saya telah bina satu website khas dimana anda boleh tonton video tutorial pembelajaran mengenai topik yang diajar. Video ini bukanlah rakaman dari dalam kelas, tetapi video yang saya bina khas mengenai topik yang diajar, step by step. Anda boleh tonton video ini bila-bila masa.

Website khas ini adalah membership website, khas untuk peserta kursus ini, dimana anda perlu login untuk lihat isi kandungan website ini. Website ini akan diupdate dengan artikel dan juga video tutorial terkini mengenai topik yang diajar dan juga topik lain.

Tidak ada had umur untuk anda sertai kelas ini. Anda boleh jadi seorang pelajar berumur 15 tahun, atau anda boleh jadi seorang pesara berumur 55 tahun.

INGAT, KELAS INI BUKAN UNTUK ORANG YANG SUDAH MAHIR, SUDAH JANA PENDAPATAN RATUSAN RIBU ATAU YANG SUDAH MAHIR INTERNET MARKETING

Ketahui rahsia yang disembunyikan oleh webmaster

Ketahui bagaimana anda boleh bina banyak website dengan kos yang murah

Ketahui banyak lagi ilmu yang berguna di Kursus Bina Website ini

Yuran Kursus : RM 367

Peserta adalah terhad kepada 10 orang sahaja

* Anda boleh hubungi / whatsapp saya di – 0134301154 atau email – admin@kursusbinawebsite.com jika perlu maklumat lanjut.

* Maklumat yang anda berikan di borang atau di email hanya untuk kegunaan saya sahaja, tidak akan diberi atau dikongsi dengan pihak lain untuk sebarang kegunaan.

* Website ini, www.kursusbinawebsite.com , serta kursus, dikendalikan oleh BINAWEBSITE SOLUTIONS ( SA0402907-V) dan mendapat kerjasama dari www.binawebsite.com

2020 Copyright © Binawebsite Solutions | KursusBinaWebsite.Com | Website ini dibina oleh BinaWebsite.Com