– Apa itu domain, apa itu hosting dan cara untuk membeli
– Mengurus CPanel dalam hosting
– Membina website/blog menggunakan platform CMS WordPress
– Belajar cara untuk terima bayaran dari bank, kad debit, kad kredit dan Paypal
– Setting platform
– SEO dan Security Setting untuk website dan blog
– Submit dan verify website
Ini adalah topik-topik besar yang diajar, dimana ianya akan dihuraikan menjadi topik-topik yang lebih terperinci dalam kelas nanti.
Anda akan ditunjukkan bagaimana mudah dan jimatnya membina sendiri website perniagaan anda.
Anda juga akan diajar bagaimana untuk mencari hosting company yang bagus.
Matlamat saya adalah, selepas kelas anda akan boleh membina website landing page, sales page, website syarikat dan website ecommerce.
Bantuan selepas kelas
– Anda akan diberi akses kepada video tutorial yang ada di website peserta untuk rujukan. Website ini khas untuk peserta kelas sahaja, dimana anda perlu login untuk tonton video yang ada. Video tidak boleh di download, jadi anda perlu ada akses internet untuk tonton video ini. Anda boleh tonton video ini bila-bila masa.
– Saya tidak sediakan support dalam bentuk Whatsapp group, Facebook group atau Telegram channel. Untuk yang perlukan bantuan atau pertanyaan dari segi teknikal dalam membina website, saya akan bantu anda melalui Zoom meeting. Meeting ini adalah one on one meeting, dimana saya rasa ia lebih efisien berbanding komunikasi melalui group.